Komen Guru Besar
Menurut Guru
Besar, Cik Chan Lai Chin, perubahan dalam pengurusan pendidikan khususnya telah
berlaku dengan pesat dan pantas. Sehubungan dengan itu kita perlu berubah
menjadi pemimpin yang bervisi. Justeru pentadbir sekolah perlu merancang
penggunaan ICT di sekolah bukan hanya bercakap sahaja tentang teknologi. Visi
dan budaya ICT mesti dikongsi bersama dengan warga sekolah yang lain.
Menurut Cik
Chan, pentadbiran sekolah dan warga sekolah perlu sama-sama ‘tranform’ diri
dengan kemahiran-kemahiran ICT seperti kemahiran asas menaip dengan keybod dan
sebagainya agar mereka lebih kompeten dan berwibawa. Mereka harus membiasakan
diri dengan penggunaan email dan pelbagai kemudahan aplikasi ICT sebagai media
pengurusan ataupun rujukan penyediaan P&P.
Perubahan dalam urusan pendidikan di KPM
dengan pelbagai aplikasi secara online menuntut Guru Besar membuat tindakan
transformasi diri dengan segera. Guru-guru pada masa kini mestilah biasa dengan
aplikasi blog, skype, facebook dan sebagainya supaya dapat menjejak
kaedah-kaedah pembelajaran e-learning yang banyak digunakan oleh murid-murid
masa kini.
Tegasnya pentadbir sekolah wajib
memahami, menguasai dan menggunakan ICT seoptima mungkin dalam pengurusan bukan
sahaja untuk mempertingkatkan kecekapan
tetapi membudayakan ICT sebagai alat dan sumber pembelajaran efektif.
Sila klik link di bawah:
No comments:
Post a Comment